Sabtu, 13 Januari 2018

Ulasan buku : Supermama



Menjadi suri rumah sepenuh masa harus ada SOP sendiri. Sama seperti wanita berkerjaya, kita juga suri berkerjaya - menjaga dan menyenangkan kediaman suami dan anak-anak.

Jadi, masukkan ke dalam minda bahawa rutin kita juga bermula awal pagi. Siaplah berdandan (berpakaian kemas), urus diri dan membuat kerja rumah.

3 perkara utama menjadi suri profesional :

1. Niat - kerana Allah.
2. Emosi - pandai mengawal emosi kerana keputusan kembali ke rumah menjadi suri sepenuh masa ialah satu cabaran bagi sesetengah orang.
3. Perancangan - memastikan perjalanan seharian berjalan lancar dan efisyen.

Saya sangat menghargai kesemua 5 bab yang dinyatakan. Lengkap menurut pembacaan saya. Penulis berkongsi tip penjagaan Rumah secara optimum, bab mengurus Keluarga, mengurus Masa, Wang dan Anak.

Membahagikan rumah kepada ruang, zon dan mewujudkan sistem penstoran di setiap ruang membantu ibu suri berkemas dalam masa yang singkat.

Dalam bab Keluarga, penulis tepat menggambarkan ibu sebagai pengurus dan tulang belakang sesebuah keluarga. Terkesan dengan ayat ini : di belakang seorang lelaki yang hebat pasti ada seorang perempuan hebat (ibu / isteri).

"Percayalah walau sesusah mana, walau masih ada hutang dan sebagainya, apabila kita kembali pada landasan yang betul, hati lebih damai dan lebih tenang."


+++++++++

Boleh dapatkan buku ini dengan saya. Harga buku termasuk pos :  RM28 (SM) / RM31 (SS).


Buku 4 / 2018

#readingchallenge
#FitrahHomeLibrary

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

2 ulasan:

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015