Khamis, 7 Disember 2017

#cutisekolah Aktiviti 5 : Kursus Pengurusan Jenazah


Sudah lama mahu belajar semula bab pengurusan jenazah. Padahal sejak kecil selalu pergi. Tapi itulah, bila tak ada minat dan tiada kesedaran akan kepentingan bab ini, semua ilmu bagaikan angin lalu sahaja 😖

Abu Hurairah meriwayatkan Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : kewajiban seorang muslim kepada muslim yang lain ada lima perkara iaitu :
Jawab salam
Menziarahi orang sakit
Iring jenazah
Memenuhi jemputan
Mendoakan orang bersin.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kali ini, tadah telinga betul-betul. Terkesan di hati apabila penceramah sebut, "jika boleh, usahakan satu keluarga satu orang yang mampu urus jenazah ahli keluarga. Misalnya mak ayah kita yang meninggal, takkan kita sebagai anak tak boleh nak mandikan? Takkan mahu orang lain uruskan? Masa kecil dahulu, siapa mandi dan cuci berak kita?" 😭

Kursus ini menunjukkan teori dan praktikal dari tatacara menziarahi orang sakit, menyediakan kain kafan, tindakan kita semasa orang berkenaan nazak, tindakan semasa orang tersebut baru meninggal, memandikan jenazah, solat jenazah sehingga ke pengkebumian.

Moga ilmu ini lekat dalam ingatan. Terasa mahu membantu bilal wanita yang ada di kampung ini jika berlaku kematian. Mampukah saya 😢

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015