Ahad, 5 November 2017

Uwais yang bijak

Semalam menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Ipoh. Majlis perkahwinannya seperti menjadi medan alumni bertemu.

Berjumpa semula rakan-rakan sepengajian dan junior-junior, semuanya sudah berkeluarga dan membawa anak kecil masing-masing.

Salah seorang anak ini bernama Uwais. Saya teringat pula telatah anak buah sendiri yang bernama Uwais.
Usianya 4 tahun.

Suatu hari, walidnya pulang dari kursus.

Uwais : Walid, walid pergi kerja tido kat mana?
Walid : Hotel.
Uwais : Best tak?
Walid : Tak.
Uwais : Ha, Uwais tau. Tak best dok hotel, kan? Sebab Uwais takde.

Hahaa!
Pecah ketawa semua orang ;)

Berbalik kepada anak kawan saya ini. Saya suka dengan anak kecil ini. Tampak berani dan beradab sopan. "Terima kasih, makcik" sentiasa keluar dari mulutnya tatkala menerima sesuatu. 

Moga membesar jadi anak yang soleh. Amin..
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015