Jumaat, 10 November 2017

Ulasan buku : Cikgu Kelas Sebelah


Sumber gambar " Koleksi peribadi
Cikgu Fadli ini memang seorang yang berjiwa guru. Pengalaman yang dicatat ini bukan diperolehi selama setahun dua mengajar.

Sebagai seorang guru, beliau memang dalam dunia anak-anak didik di sekolah. Menjadi pemerhati yang peka adalah salah satu kelebihan beliau mengadun cerita untuk tatapan kita.

Penulisan yang santai tetapi mesej sampai kepada pembaca. Saya tidak tahu orang lain, tapi bagi saya tulisannya sebenarnya tertuju kepada kepada diri kita sendiri.

Ada kisah mencuit hati, ada kisah menyentuh hati, ada kisah yang menegur diri, ada kisah yang mengimbau kenangan dan ada 101 lagi rasa yang dapat dirasai sepanjang anda membaca buku ini.

Suka dengan saranan beliau supaya guru menjadi "Raja" dalam "negeri kecil" dan jadilah guru yang menyeronokkan, menggembirakan dan luar biasa. 

Semoga cikgu menjadi guru yang terbaik dan semakin menyebar manfaat. Bagus sekali jika semua guru mempunyai sifat positif dan bersemangat seperti beliau.

Bagi diri saya, saya boleh aplikasikan dengan anak-anak di rumah. Menjadi guru yang ceria, tegas bukan garang, empati dan prihatin dengan anak-anak. 

Sebuah buku yang menjentik rasa!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015