Khamis, 2 November 2017

Berhati-hati memilih buku anak


Dahulu, jika ke kedai buku, saya suka ke bahagian kanak-kanak. Suka lihat ilustrasi yang berwarna-warni, baca sinopsis cerita, buka buku dan baca ayat pertamanya (aha, ayat pertama ni POWER tau. Penentu untuk tarik minat orang membaca buku tersebut).

[Sekarang, tak sempat dah nak belek-belek di kedai buku. Banyak 'handbag' nak dijaga]

Sehingga pada satu hari, saya ke ruangan bahasa Inggeris. Saya tak pernah ke sudut itu sebab masa lama dihabiskan di ruangan hadapan kedai.

Eh, eh cantiknya buku-buku di rak sini.
Kebanyakannya board book, ada muzik, ada big book, ada sticker dan buku dalam bekas tin (haha, apa namanya ya?? Suka hati je saya panggil tin 😂).

Sekali buka, oh, buku cerita berdasarkan Bible.

Saya baca sedikit untuk tahu kandungannya. Ia bercerita tentang Nabi Adam dan kisah yang lain dari Bible.

Ia buat saya terfikir, persembahan buku sangat menarik dengan kisah umum sebegitu memang boleh mengelirukan. Hmm..

Alhamdulillah, kini kita sudah ada pelbagai jenis buku Islami dalam pasaran. 

Peranan kitalah menghidangkan buku-buku yang baik dan sahih untuk anak kita.

Sebelum belikan anak buku, ingat ya, lihat dulu sinopsis dan jalan ceritanya kerana anak-anak pada usia dini ini sedang membina konsep dan persepsi dalam diri melalui pembacaan mereka.

Jika baik yang dibaca, baiklah kesannya. Namun jika sebaliknya, begitulah kesannya.

Kami dari #teamAuladRPLejen komited menyediakan bahan bacaan islamik untuk bacaan anak-anak kita.

Selamat membaca :)

#bermuladirumah
#bukuAuladReadPlay
#ejenAuladReadPlay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015