Sabtu, 29 Julai 2017

Pneumonia

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak cerita aktiviti di sini. Kami bercuti. Kakak Khaulah masuk wad sejak Khamis lepas 😥 [Doakan kesembuhan buatnya. Syafakillah la ba'sa tohur insya Allah. Jazakallahu khaira]

Hari Isnin lepas, si kakak beritahu : Ummi, kakak nak ikut (pergi belajar) malam ni je, esok tak nak. Kakak pening. Nanti kakak muntah [Perjalanan menuju kuliah maghrib di Jasin akan melalui jalan yang sedikit berliku].

Saya jawab OK walaupun agak hairan. Esoknya dia mula selsema sedikit. Hari Rabu, sudah kedengaran batuk-batuk kecil. Petang itu semua anak ikut saya berprogram.

Pulang dari program, kami singgah makan di kedai. Batuknya makin keras. Ketika semua sibuk makan dia bersuara : Ummi, nak pergi klinik. Kakak semputlah.

Subhanallah! Saya bingkas bangun. Bungkus makanan yang tak sempat dijamah dan terus ke klinik berhampiran.

Bila si ummi penghidap lelah, maka boleh tahu sama ada anak ni batuk biasa atau lelah juga.

Di klinik, doktor kata "bukan lelah ni" (saya tak salahkan doktor tau). Tapi balik ke rumah, anak susah nak tidur, batuk lain macam, nafas pun macam ummi semput masa kecik 😫 .

Haaaa.. tak tidurlah ummi jawabnya.

Keesokan hari, abi sahaja bawa ke Klinik Kesihatan berdekatan kerana baby kami juga kurang sihat. Tup..tup.. kena refer hospital. 😭😭😭 Kesiannya....

 Tersedu-sedu anak menangis. Ummi cool je (padahal dalam hati 😭😭😭). Sempat tanya dia semasa siapkan bekal makan :

U : Kenapa kakak menangis? Kakak sedih ke kakak takut?
K : Kakak takut.
U : It's ok kakak, memang takut, kan sebab nak kena ke hospital tapi ummi tahu kakak kuat. Sebab tu Allah uji. Sebab Allah sayang kakak, sayang ummi dan abi. Kita doa sama-sama ye Allah baikkan kakak.
K : *dia berhenti menangis, lap air mata sambil mengangguk.

Selepas dimasukkan ke wad, baru kami tahu kakak pneumonia.

Allahu akbar. Kakak, jarang sakit sejak usia setahun. 



Ya Allah, daku mohon keampunan-Mu dan sembuhkan anak-anakku.. 

Aina Dayana Hilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015