Khamis, 13 April 2017

Ulasan buku Begini, Sayang!


Sudah beranak empat ini, semakin masa mencemburui. Perasaan sahaja. Padahal Allah beri sama sahaja 24 jam. Nampak sangatlah saya tak pandai urus masa. *Sigh*

Nak pergi seminar selalu tak dapat (last minute mesti ada hal😢), nak pergi kursus fikir anak-anak pula, nak tonton ceramah di Youtube lagilah jangan harap. Semua melompat nak tengok sama 😆

Jadi, mohlah kita baca buku. [Mesti ada juga ibu yang tak sempat nak baca buku kan? Bertabahlah ya 😄] Ha, jom baca reviu sini. Boleh jimat masa dan harapnya bermanfaat untuk anda.

Buku Begini, Sayang! ; 40 Jawapan menyemai takwa melalui pertanyaan di kecil ditulis oleh Tn Mohd Hisham Mohd Sharif dan isterinya, Pn Hasifah Zainuddin. Mereka menulis buku ini hasil pengalaman membesarkan anak sulung dan anak yang lain semasa berada di luar negara. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Diari Ayah dan Diari Ibu.


Saya setuju dengan pasangan ini dalam mendidik anak mencintai al - Quran dan sirah Nabi, wajarlah kita menerapkan nilai tauhid dan memberikan fakta yang sebenar dan menyampaikan mengikut tahap pemikiran mereka.




Ibu bapa perlu kreatif dalam menyampaikan maklumat serta lembut dan tegas apabila menyatakan sesuatu kebenaran. Misalnya mengapa kita perlu bersolat dan berpuasa, mengapa orang perempuan perlu menutup aurat, mengapa kita digalakkan banyak bersedekah dan membantu orang lain.


Persoalan yang lebih tinggi daripada anak seperti di mana Allah dan mengapa kita tidak boleh melihat Allah, perlulah dijawab dengan berhati-hati supaya jawapan itu dapat disampaikan dengan baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari.

Peringatan yang berulang disulami kaedah penceritaan yang diguna oleh pasangan ini dilihat medium terbaik menarik minat anak mendalami sesuatu ilmu :)

Namun bukan sehari dua kita dapat mentarbiah anak. Ia memerlukan satu jangka masa yang panjang sehingga kesedaran beragama itu benar-benar meresap di dalam diri mereka. Alangkan kita yang dewasa ini kerap kali melakukan kesalahan apatah lagi anak kecil. Maka, marah bukan solusi dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi pendekatan psikologi dan kesabaran dituntut dalam soal ini.

Pesan penulis, berdoalah secara spesifik untuk anak. Bukankah doa ibu itu mustajab?

Wallahualam.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015