Rabu, 12 April 2017

Sehari di Padang Besar


Sebut Padang Besar mesti semua orang terbayang tempat membeli-belah tu kan? 😉 Sebenarnya nak cerita benda lain. Tapi masih sekitar Padang Besar. Cuti sekolah yang lalu kami pulang ke Perlis menghadiri walimah, kenduri-kendara dan menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan.

Lukisan oleh Persatuan Pelukis Perlis pada dinding jambatan lebuh raya di Padang Besar.

Ada suatu hari, kami yang ibu-ibu ini pergilah beli barang di Padang Besar, anak-anak kecil semua ikut suami saya makan angin. Ayah cadangkan bawa ke tempat ostrich (terlupa pula nama tempatnya), tidak jauh dari pos pemeriksaan pengawal UPP.

Jalan kaki dari homestay ke rumah Mak Ngah

Dapatlah anak-anak lihat ostrich dan ayam belanda dari dekat. Burung besar dan tinggi!. Ada dalam 4 ke 5 ekor. 

Ladang Ostrich
Ayam belanda adalah sedikit. Tempatnya agak lapang tetapi sayang seperti tiada sokongan. Padang rumput kering, pengunjung ramai tetapi servis agak lemah. Kasihan juga lihat haiwan-haiwan di situ. 

Lihat ayam belanda dari dekat. Asma' takutlah tu.. Bukan main jauh lagi berdiri >_<
Dari jauh, ada kawanan rusa tetapi anak-anak tak dapat melihat rusa kerana tiada laluan untuk ke sana. Saya kira jika tempat ini disokong oleh kerajaan negeri, buat lebih cantik, kemas dan tersusun pasti pengunjung lebih ramai berkunjung ke sini. Selain itu, boleh disediakan jurucakap untuk memperkenalkan haiwan-haiwan ini. 

Rusa

Lama di sini, suami ambil keputusan bawa anak-anak ke Terinai pula (empangan Timah Tasoh), namun tiada yang menarik selain melihat empangan yang luas, maka suami bawa ke Gua Kelam. Pada mulanya anak-anak sekadar berjalan-jalan di sekitar kawasan dan bermain di taman permainan. Kemudian apabila melihat ramai orang bermain air di sungai, melompatlah mereka nak terjun air juga 😄



Selepas itu baru kami dapat tahu yang kerajaan negeri melarang beriadah di kawasan air terjun dan sungai ekoran musim panas sekarang ini dikhuatiri berlaku jangkitan kencing tikus. Nauzubillah.. moga Allah pelihara..


Tempat lain tak sempat kami jelajahi. Jadual agak padat. Tambahan dengan cuaca panas, anak-anak lebih selesa berada di dalam rumah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015