Ahad, 2 April 2017

Cabaran #1Hari1Aktiviti "Haiwan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran" Anjuran Mama_q3 dan Buku Aulad










Alhamdulillah. Berikut ialah 5 aktiviti yang telah berjaya kami buat. Kami memilih cerita Nabi Yunus dan ikan Paus.
 
Tugasan / Aktiviti :

Hari Pertama: Storytelling



Saya menggunakan gambar untuk bercerita dengan anak-anak. Saya lukis dan warnakan sendiri. Jadi maafkanlah warna yang comot dan tidak berseni ini. Hukhuk..


Draf lukisan













Saya gunakan kalendar meja. Jadi semasa bercerita babak ke babak itu, gambar pun ditukar mengikut situasi. Begitulah... πŸ˜‰

Hari ke 2: Seni & Kraf

Kami memilih untuk melipat origami ikan paus. Anak-anak buat sendiri dari awal hingga akhir. Memang lambat tetapi puas hati. Berbaloi walaupun menunggu mereka hampir sejam! 😁 (Saya sudah pastikan saya masak awal pagi pada hari tersebut).




Hari ke 3: DIY Buku Cerita atau Lapbook Mini

Pilihan anak-anak : Buku cerita. Tapi ummi lukis ya? Ummi pandai lukis.

Err...pandai bodek ummi ya.. πŸ˜† Fikir punya fikir, saya gunakan Brown Paper Bag. Mahu cari kelainan. Semasa belum siap, anak-anak sudah belek-belek. "Cepatlah ummi, tak sabar nak baca." πŸ™Œ

Saya stepler beg kertas ini. Dalam setiap beg kertas ini ada aktiviti sampingan yang boleh mereka lakukan. Saya memang banyak fokus pada aktiviti ini. Seronok! Alhamdulillah.





Hari ke 4: Projek Sains (Contoh : Kitar hidup & Habitat atau Eksperimen Sains)

Mengambil idea seorang rakan, ajar anak rantai makanan. Saya tayangkan video tentang ikan paus kepada anak-anak.

Lukis rantai makanan ikan paus (dakwat printer habis. Sob..sob..)

Anak belajar benda baharu! Suka dengan reaksi mereka. Berebut mahu jawab. Alhamdulillah.




+++++++++++++

Sebelum ajar rantai makanan ikan paus, terang dahulu konsepnya. Gelak ketawa mereka apabila cuba buat sendiri rantai makanan.


🌱➡πŸ›➡πŸ”➡πŸ‘©

Dan mereka sangat teruja apabila melihat banyaknya rantai makanan atas kertas ini. 


"Wah, banyaknya ummi. Macam ni rupanya eh?," si abang ngah.

"Ya, siapa yang buat ini?" .

"ALLAHπŸ’ͺ" .

"Hebat tak Allah? Semua makhluk ada makanan mereka. Ni namanya rezeki. Allah yang bagi. Kita berusaha je, tapi semuanya Allah yang bagi." 


"Oh, macam abi pergi kerja eh?" (Kakak). 


"Ya." 


Tiba-tiba sendiri berfikir. Rezeki Allah yang beri. Bukan manusia. Jadi bila berkerja jangan kata majikan itu yang berikan kita gaji tapi sebenarnya kena betulkan konsep -- Allah yang beri rezeki melalui majikan kita itu.

Wallahualam.

Hari ke 5: Lukisan yang mengandungi perkataan “ALHAMDULILLAH” 

Tak tahu nama teknik ini. Saya lukiskan kalimah "alhamdulillah" pada kertas. Anak renjiskan warna air menggunakan berus gigi pada kertas.

Selepas kering, tulis semula dengan pen berwarna hitam.

* Minta maaf atas kelemahan, semasa ambil gambar ini baru perasan letaknya di atas lantai. Kami sudah buat di tempat yang lebih tinggi.

  

Masya Allah. Tabarakallah Mama Q dan Buku Aulad atas penganjuran aktiviti seperti ini. Terharu juga apabila Mama Q peka yang saya tidak sertai Challenge  sebelum ini  (anjuran Mama Q dan Pn Nadiah Ahmad Projek Si Cilik) kerana cuti bersalin.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015