Jumaat, 10 Mac 2017

Sesi bercerita Allah Makes Cats



Ini ialah tulisan saya sekitar tahun 2014. Saya salin semula di sini. Waktu ini anak sulung baru berusia 3 tahun lebih 😊




Siri ini memperkenalkan secara ringkas mengenai kucing dan mengaitkannya dengan kekuasaan Allah. Ayatnya terdiri dari beberapa patah perkataan sahaja. Misalnya ' Cats like insects.'

Semasa membaca boleh tunjuk pada perkataan dan membaca dengan kadar perlahan. Anak dalam usia 39 bulan ini sudah boleh ikut sebutan dengan baik.

Mulanya saya ingin aplikasikan teknik bercerita menggunakan lipatan tetapi minat anak lebih kepada melihat gambar di dalam buku cerita ini maka aktiviti lipatan saya lakukan selepas sesi bercerita.

Sudah tentu kami membuat origami kucing ^_^ Buat yang mudah sahaja sesuai dengan usia anak.



Langkah membuat origami kucing

Hasil tangan Khaulah, 39 bulan

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015