Sabtu, 11 Mac 2017

Sesi bercerita Siri Ameen Cepat Baca





Ini 3 buah buku yang dibacakan untuk anak 2 hari lepas. Kali ini sempat baca untuk bayi 4 bulan dan si kak cik Umur 2 tahun 7 bulan.


Masya Allah, si Kak Cik boleh 'baca' semua buku ini tanpa ada salah. Opss..Dia belum boleh membaca mungkin dia ingat sebab Siri inilah yang saya bacakan hari-hari semasa dia berusia setahun lebih.


Si kecil juga nampak teruja apabila didudukkan atas riba. Macam tahu-tahu sahaja rutin membaca buku dengannya.


Nak tahu buku apa ini?


Ini siri Ameen Cepat Baca keluaran Ameen Books. Saya pernah catat di entri ini : Siri Ameen Cepat Baca (klik untuk baca).


Menarik Tau! Penulisnya berpengalaman luas. Pn Zainiah ialah Pensyarah Pendidikan Awal  Kanak-kanak.








Nanti ada pesta buku (PBAKL) pergi cari reruai Ameen Books. Biasa mereka ada tawarkan diskaun. Berbaloi beli insya Allah. Jom mula menabung untuk beli buku anak-anak 😚




Aina Dayana Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015