Isnin, 16 Januari 2017

Macam mana nak jadikan membaca aktiviti yang seronok?


Saya selalu sukakan idea aktiviti berdasarkan buku yang dibaca. Terutama untuk anak-anak kecil. Anak-anak pada usia ini kan banyak tenaga, aktif dan mereka suka bergerak. Jadi untuk tarik perhatian mereka, kita boleh guna pelbagai cara. Selain letakkan mereka di atas riba kita dan kita bacakan cerita, atau kita rekakan sebuah Story Sack atau saya panggil Karung Cerita.

Bagaimana buat "Story Sack" untuk anak kecil?

Pertama, kenal pasti dahulu minat mereka. Buku apa yang suka dibaca, jenis buku (board book, soft book, sound book dan lain-lain). Bina suasana membaca yang positif dan menyeronokkan. 


Kedua, pilih aktiviti yang boleh dilakukan oleh si anak. Jika ada bajet, boleh sediakan soft toy berdasarkan cerita (biasanya cerita haiwan mudah cari puppet dan soft toy).

Contoh bahan atau aktiviti yang boleh direka berdasarkan cerita yang dipilih :

🌈 Tayangkan video berkaitan.
🌈 Cari gambar yang sama dan buat aktiviti padankan.
🌈 Gambar untuk aktiviti mewarna.
🌈 Reka jigsaw puzzle.
🌈 Buat permainan maze.
🌈 Bina permainan kad domino.
🌈 Bina kata. Contohnya bina perkataan baru dari tajuk buku ini.
🌈 Sediakan prop berkaitan cerita.
🌈 Buat kuiz tentang cerita yang dibaca.
🌈 Main kotak beracun (saya lebih suka panggil kotak impian. Positif sikit ;))

dan banyak lagi.

Contohnya saya pernah buat untuk buku Ziyad and Tiger Adventures : Animals From The Quran yang ditulis oleh Dr Anayasmin. Boleh baca di sini 😅




Kini, dengan setiap pembelian buku ini, kami berikan free printable permainan domino. 

🎉 Boleh cetak sendiri
🎉 Gambar berwarna
🎉 Ada 66 keping kad (10 jenis haiwan)
🎉 Ada panduan cara bermain domino game ini

Boleh hubungi saya di 013-361 3516 untuk dapatkan buku ini!😊







Semoga bermanfaat.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015