Ahad, 1 Januari 2017

2017


Apabila disebut "homeschooling", apa perkara pertama yang anda bayangkan?

"Homeschool" bukanlah sekolah di rumah  seperti di sekolah yang mempunyai jadual khusus 7.30 pagi sehingga 2 petang. Bukan. Ia tidak seperti itu. Bak kata suami saya, "homeschool" ialah sekolah kehidupan. Segala-galanya boleh memberi pelajaran kepada anak-anak. Adab bangun tidur, ajar anak mengemas rumah, minta tolong anak buangkan sampah, ikut datuk menunaikan solat berjemaah di masjid, tolong sidai baju dan senarainya berterusan. 

Sebenarnya itu juga satu pendidikan berterusan untuk anak-anak. Berlaku secara langsung dan tidak langsung.

Menjalankan "homeschooling" di rumah adalah satu cabaran jika anda seorang yang mahukan serba-serbi sempurna. Oh, tidak ada keadaan seperti itu 😆 

Insya Allah saya masih belajar, sedang belajar dan terus belajar untuk pendidikan anak-anak. Semoga saya lebih dekat dengan Allah dan memberi yang terbaik buat anak-anak. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015