Selasa, 27 Disember 2016

Sesi Bercerita : Safeeya & Kitty Playing In The Rain (Bacaan bertema Air)





Beberapa hari ini kami membaca buku Safeeya & Kitty Playing In The Rain karya Dr Anayasmin Azmi. Ceritanya berkisarkan seorang budak perempuan bersama anak kucingnya yang berbual mengenai air hujan. Seronoknya kisah ini kerana ia bermula dengan soalan yang biasa dilontarkan oleh anak-anak. 

Maklumlah, sifat ingin tahu anak-anak memang tinggi. Safeeya sukakan hujan dan bertanya sendiri, mengapa Allah menciptakan hujan? Si anak kucingnya turut sama bersoal jawab dengan Safeeya. Misalnya, ia bertanya : Jika disebut perkataan air, apakah perkara pertama yang kamu fikirkan, Safeeya? "Minuman!," pantas Safeeya menjawab 😊 

Maka, antara tujuan hujan diturunkan ialah untuk menghidupkan tumbuhan dan memberi benda hidup air untuk meneruskan kehidupan.

Malahan ibu Safeeya turut menerangkan tentang kepentingan air dan pembentukan air hujan. Disertakan juga ayat Quran yang berkaitan. Akhirnya, Safeeya yang bijak ini dapat mengaitkan kejadian alam ini dengan kekuasaan Allah dan semua ilmu dapat diperolehi melalui kalam Allah - al-Quran. Subhanallah!

Saya teringat beberapa buah buku cerita lagi yang menceritakan tentang air iaitu buku Water Droplet Obeys Allah karya Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suaminya, Nordin Endut. Dalam buku ini menceritakan tentang setitis air yang taatkan Allah. Ada diceritakan juga kepentingan air dan kitar air di bumi. Boleh baca reviu buku ini di sini.

Buku ketiga bertajuk Hujan karya Pn Zulina Hassan terbitan Galeri Ilmu. Hujan ialah sebuah buku bukan fiksyen maksudnya ia bukan buku cerita. Ia menceritakan perihal hujan secara terperinci menggunakan bahasa yang mudah difahami anak-anak. Seronok kerana semua gambar berwarna-warni.

Buku Have You Ever Wondered? pula merupakan sebuah buku yang menyediakan mini takzirah untuk anak-anak. Disertakan ayat-ayat Quran yang baik untuk ingatan anak-anak. Buku ini berkonsepkan bedtime reminders dan mengetengahkan 1 hari 1 ayat. Ada petikan ayat Quran di dalam buku ini yang saya rasakan boleh menjadi rumusan kepada semua buku cerita yang disebutkan tadi.

==========================

Berminat nak dapatkan buku-buku ini? Insya Allah, saya boleh bantu anda dapatkan bacaan yang bagus ini untuk anak-anak anda.

Water Droplet Obeys Allah berharga RM6.90 dan 1 siri lengkap mengandungi 5 buah buku. Boleh lihat reviu di sini .

Safeeya & Kitty Playing In The Rain berharga RM18.00 manakala buku Have You Ever Wondered? berharga RM14.00.

Boleh hubungi 013-361 3516 (Aina)

=========================

Selamat membaca semua! 💕

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015