Khamis, 29 Disember 2016

Sekolah tahfiz perempuan


Sekolah tahfiz untuk perempuan sangat sedikit di sini. Nak mencari pun sukar. Bila dah jumpa, syarat pula tak dapat dipenuhi 😊 Kebanyakan maahad tahfiz khusus untuk lelaki. Sudah beberapa lama membuat tinjauan. Baru-baru ini terlihat satu iklan pengambilan murid untuk "intake" Januari 2017. Sesiapa yang mahu cari pusat tahfiz untuk anak perempuan boleh ke Maahad Tahfiz Ibnu Hajar (Lil Banin) di Alor Gajah, Melaka.

Syaratnya seperti dalam gambar. Anak saya berusia 6 tahun lebih jadi tak dapatlah masuk ke sini. Tak mengapalah, insya Allah ada hikmahnya. Moga Allah bantu kami mengukuhkan hafazan anak-anak ini.

Sumber gambar : instagram @nurulfilqalbi

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 27 Disember 2016

Sesi Bercerita : Safeeya & Kitty Playing In The Rain (Bacaan bertema Air)





Beberapa hari ini kami membaca buku Safeeya & Kitty Playing In The Rain karya Dr Anayasmin Azmi. Ceritanya berkisarkan seorang budak perempuan bersama anak kucingnya yang berbual mengenai air hujan. Seronoknya kisah ini kerana ia bermula dengan soalan yang biasa dilontarkan oleh anak-anak. 

Maklumlah, sifat ingin tahu anak-anak memang tinggi. Safeeya sukakan hujan dan bertanya sendiri, mengapa Allah menciptakan hujan? Si anak kucingnya turut sama bersoal jawab dengan Safeeya. Misalnya, ia bertanya : Jika disebut perkataan air, apakah perkara pertama yang kamu fikirkan, Safeeya? "Minuman!," pantas Safeeya menjawab 😊 

Maka, antara tujuan hujan diturunkan ialah untuk menghidupkan tumbuhan dan memberi benda hidup air untuk meneruskan kehidupan.

Malahan ibu Safeeya turut menerangkan tentang kepentingan air dan pembentukan air hujan. Disertakan juga ayat Quran yang berkaitan. Akhirnya, Safeeya yang bijak ini dapat mengaitkan kejadian alam ini dengan kekuasaan Allah dan semua ilmu dapat diperolehi melalui kalam Allah - al-Quran. Subhanallah!

Saya teringat beberapa buah buku cerita lagi yang menceritakan tentang air iaitu buku Water Droplet Obeys Allah karya Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suaminya, Nordin Endut. Dalam buku ini menceritakan tentang setitis air yang taatkan Allah. Ada diceritakan juga kepentingan air dan kitar air di bumi. Boleh baca reviu buku ini di sini.

Buku ketiga bertajuk Hujan karya Pn Zulina Hassan terbitan Galeri Ilmu. Hujan ialah sebuah buku bukan fiksyen maksudnya ia bukan buku cerita. Ia menceritakan perihal hujan secara terperinci menggunakan bahasa yang mudah difahami anak-anak. Seronok kerana semua gambar berwarna-warni.

Buku Have You Ever Wondered? pula merupakan sebuah buku yang menyediakan mini takzirah untuk anak-anak. Disertakan ayat-ayat Quran yang baik untuk ingatan anak-anak. Buku ini berkonsepkan bedtime reminders dan mengetengahkan 1 hari 1 ayat. Ada petikan ayat Quran di dalam buku ini yang saya rasakan boleh menjadi rumusan kepada semua buku cerita yang disebutkan tadi.

==========================

Berminat nak dapatkan buku-buku ini? Insya Allah, saya boleh bantu anda dapatkan bacaan yang bagus ini untuk anak-anak anda.

Water Droplet Obeys Allah berharga RM6.90 dan 1 siri lengkap mengandungi 5 buah buku. Boleh lihat reviu di sini .

Safeeya & Kitty Playing In The Rain berharga RM18.00 manakala buku Have You Ever Wondered? berharga RM14.00.

Boleh hubungi 013-361 3516 (Aina)

=========================

Selamat membaca semua! 💕

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 25 Disember 2016

Previu Fingerprint Doodles


Fingerprint Doodles yang menyeronokkan! Anak-anak teruja, ummi apatah lagi  😄 Kit seni ini ada tiga jenis yang saya tahu. Selain ini, ada Drawing Animals dan Sticker-It-Up.

Fingerprint Doodles ini mengurangkan comot dan saya tak perlu membersihkan air dan warna yang tumpah kerana anak hanya perlu copkan jari pada ink pad berwarna. Kit ini mengandungi :

1 buku panduan melukis
1 buku pad untuk melukis / mewarna (50 helai)
12 ink pad pelbagai warna
1 ink pad berwarna hitam bersaiz besar
2 pen kecil felt marker

Jom lihat kit ini :

Bahagian hadapan

Bahagian belakang kit

Pandangan penuh apabila kit dibuka
Di dalam kit ini, ada fail untuk simpan hasil karya anak, buku panduan di sebelah kiri, drawing pad dan ink pad di sebelah kanan. 


Zoom sedikit bahagian dalam buku panduan

Contoh template 1

Contoh template 2

Ada juga kertas kosong yang disediakan untuk anak-anak berkreativiti sendiri
Ini antara hasil anak-anak. Bunga - Khaulah, Gambar pinggan tu Abdullah Naufal (saya pun tak tahu nak tafsir hasilnya. Kenapa asyik warna kuning dan hitam sahaja mendominasi? Heheh) dan Asma' - dua lukisan di bawah itu. Dia hanya pilih warna sendiri dan cop. Saya bantu lukiskan.


Semangat semuanya selepas selesai buat lukisan ini. Nak suruh buat apa pun, cepat sahaja laksanakan 😆 Ok, nanti kita buat lagi insya Allah 😉

* Terima kasih Pn Nazrah kerana menjadi personal shopper ke BBW2016 baru-baru ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 24 Disember 2016

Ikut Sunnah Rasulullah


Membaca hadis nabi boleh dapat pahala. Maka, marilah kita jadikan ia satu aktiviti keluarga yang "wajib". Anak-anak kecil juga boleh dengar sekali dan ingatan mereka ini kuat. Subhanallah. Baru-baru ini Pn Siti Norlaila, pengasas SASU berkongsi potongan hadis untuk diajar kepada anak-anak. Terus ajar anak 1 hadis. 


Panjang juga bercerita dengan anak-anak. Kemudian minta mereka beri pandangan dan situasi yang pernah mereka alami (anak-anak saya berumur 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun). Situasi yang kerap dilihat ialah "sindrom" tak nak kawan. Haih.. selepas belajar hadis ini sudah makin kurang perkataan itu didengari. Alhamdulillah.

Kedua, jika mereka membaca buku dan menonton cerita, mereka cepat tangkap dan sedar perkataan yang tidak elok diucapkan. Ketiga, jika salah seorang dari mereka bergaduh cepat-cepat yang lain menyebut hadis ini. Ya Allah, bersihnya hati anak-anak ini. Kita yang dewasa ini yang selalu degil. Allahu Allah.. kami mohon keampunan-Mu.

Ada sebuah buku yang bagus untuk memperkenalkan hadis kepada anak-anak :




* Sumber gambar : laman web Bookcafe.com.my

Selamat membaca :)



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 19 Disember 2016

Sepetang di Perpustakaan Negara Malaysia



Minggu lalu, semasa ke Kuala Lumpur menziarahi saudara-mara, kami menumpang tidur di rumah adik saya di Sentul. Sudah berjanji dengan anak-anak untuk bertemu sepupu-sepupu mereka. Lagipun dalam kawasan rumah mereka ada kolam renang, maka menunaikan hajat mereka mandi-manda di sana, Pagi Jumaat, adik dan suaminya pergi kerja, saya dan suami mengasuh 7 anak-anak di rumah. Hihi.. 

Ok, perancangan ke PNM ini baru sahaja diputuskan pagi itu. Ikutkan kami mahu terus balik Melaka pagi itu tapi mengenangkan PNM sudah dekat jejakkan kaki sekejap pun jadilah. Asyik ke PPAS dan Perpustakaan Negeri Melaka sahaja, kan? 😉

Baru sampai. Dalam 12.30 tengahari

Bahagian dalam. Ada dua pasang ibu - anak sahaja semasa kami sampai.

Ruang permainan komputer
Tak sempat ambil gambar buku yang banyak di sini. Sebabnya nak mengawasi 7 kanak-kanak riang. Meskipun tak ramai orang tapi bimbanglah juga kan. Sempat mereka masuk ke bilik hipermedia kanak-kanak menonton kartun Ratatouille. Tapi mereka bosan dan tak sangka mereka boleh cakap : Eiii kotornya, kenapa tikus yang masak, ummi? Errr..😂

Rak buku board book dan pop up book

Sesi membaca

Alhamdulillah sampai juga ke sini. Tak ramai orang pun waktu begini.
Keseluruhannya boleh dikatakan menarik kerana anak-anak suka pilihan buku di sini. Cuma anak nombor dua sahaja berbunyi : Ummi, jomlah pergi library hijau (baca : perpustakaan negeri Melaka). Sana ada 'taman'. Taman yang dimaksudkan anak ialah playground. Hahaha,, 

Apa pun, ia menjadi kenangan buat anak-anak ini. Dapat juga ke perpustakaan bersama-sama dan bermain bersama-sama. Semoga kamu semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 12 Disember 2016

Hati-hati guna jumper baby / mitten atau booties


Petang tadi, si kecil menangis kuat secara berterusan. Bimbang melihat keadaannya. Mak mencadangkan supaya dibuka pakaiannya. Bimbang digigit semut atau haiwan lain. Ketika membuka jumper yang dipakainya, saya terpandang jari kaki kiri yang kemerahan! Allah ya Allah.. 2 jari kaki kirinya dililit ketat oleh benang dan rambut. Subhanallah..

Ayah segera datang dan menolong saya memegang badan dan kaki bayi sementara saya menggunting helaian benang dan rambut yang melilit itu. Terketar-ketar tangan saya. Rasa mahu menangis. Sehingga saya menaip entri ini, bekas di kaki masih jelas cuma warna jari sudah beransur kemerahan. Petang tadi muka si kecil ini memang pucat. Mungkin menahan sakit entah berapa lama 😓

Kesimpulannya, berhati-hatilah! Periksa selalu keadaan anak. Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 10 Disember 2016

Merancang aktiviti anak


Bila Google, banyaknya aktiviti kreatif ibu-anak, kan? Mari kita guna bahan sedia ada di rumah. Apa bahan yang boleh digunakan? Ini beberapa cadangan :



Insya Allah, jimat dari segi belanja. Kita kitar semula sahaja bahan yang ada di rumah :)

Lama tidak beraktiviti dengan anak-anak. Menunggu fasa berpantang tamat. Insya Allah. Dalam fasa merancang dan sedih sedikit nak tinggalkan rumah mak. Hiks..😄

Get, Set, Go! 



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 5 Disember 2016

Perjalanan Ajar Anak Al-Quran



Gambar : Koleksi peribadi


Beberapa tahun lepas, saya target anak-anak dapat hafaz Quran sedari kecil. Waktu itu memang ajar membaca dan hafaz Quran sahaja. Tak fikir yang lain.

Waktu demi waktu, dalam perjalanan mengajar anak al-Quran ini saya mula menyedari beberapa perkara.
Satu, anak memang cepat dapat tapi lepas banyak surah, dia sudah lupa hafazan yang awal.

Dua, tersedar anak keliru beberapa ayat dan adakala masuk ke surah lain ketika tasmi' 😅

Maka, saya kena tukar pendekatan. Saya tak pandai dalam bab ajar tafsir, selepas bincang dengan suami baru dapat gambaran.

Kami guna kaedah bercerita. Anak-anak memang dah biasa dengan sesi bercerita @ read aloud session. Terangkan surah ini mengenai apa, asbabun nuzul dan jika berkesempatan buat aktiviti berdasarkan surah.

Biasanya buat lapbook, melukis dan berkraf.

Alhamdulillah, kini sudah ada beberapa buku seperti ini terbit di pasaran. Dalam gambar, buku Tafsir Mini Surah Al-Dhuha untuk anak-anak. Tajuk lain yang ada ialah Tafsir Mini Surah Al-Tin untuk anak-anak. Boleh hubungi saya untuk dapatkan buku ini. Harga buku RM10.00 sebuah ☺ Hubungi 013-361 3516 (Aina).









Ada lagi, buku 15 Aktiviti Anak Pencinta Al-Quran (Surah Al-Fil). Yang ini boleh contact Pn Siti Aminah Sulaiman (IG : @anakku_alhafiz atau Facebook Siti Aminah Sulaiman) 😊

Sumber gambar : Facebook Siti Aminah Sulaiman
Boleh lihat reviu buku 15 Aktiviti Anak Pencinta Al-Quran ; Surah Al-Fil 

Semoga bermanfaat.

#tiphomeschoolinguntukanak #FitrahHomeLibrary #anakcintaalquran #quranichomeschooling #sayajualbuku

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 4 Disember 2016

Melatih kemahiran motor halus anak - berikan stiker :)



There are endless ways to do with the stickers... 😃😃😃







Stiker beli dengan Instagram @toysaround. Puas hati, harga mampu milik dan banyak. Puas anak-anak main.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015