Isnin, 21 November 2016

Buku Tafsir Mini Surah Al-Tin untuk Anak-anak


Anak kedua saya sangat suka dengan Surah At-Tin. Apabila difikir-fikirkan, mungkin surah ini melekat terus dalam hatinya ketika kami mengikut abinya ke kuliah tafsir setiap minggu ketika surah ini dibincangkan. Dia boleh membaca dan mengulang surah ini selama beberapa jam tanpa jemu. Masya Allah. 



Melalui surah ini anak-anak mengenal dua buah iaitu buah tin dan buah zaitun. Jika sebelum ini, mereka tidak mahu makan. Tetapi selepas mengikuti kelas tafsir itu dan sama-sama membaca dan menghafaz, barulah mereka rasa suka untuk makan buah tin.

Alhamdulillah, pihak Telaga Biru ada menerbitkan sebuah buku Buku Tafsir Mini Surah Al-Tin untuk Kanak-kanak yang ditulis oleh Ummu Ammar Amir dan Abu Ammar Romlie. Sebelum ini siri pertama telah terbit iaitu Tafsir Mini Surah Al-Dhuha untuk Anak-anak.




Buku ini didatangkan bersama dengan sebuah poster overview mengenai surah ini. Bagus untuk anak-anak jenis visual. Kita ibu bapa pun mudah faham dan terangkan kepada anak-anak. Menurut penulis, maklum balas daripada buku pertama mereka sangat memberangsangkan dan untuk edisi Surah Al-Tin ini mereka masih mengekalkan konsep "Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting."

Melalui kaedah ini mampu membantu meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak dan setiap ayat disertakan ilustrasi yang sesuai dan membantu anak-anak memahami apa yang dibaca.

Secara umumnya, buku ini mengandungi 8 komponen utama iaitu :

💌 Fakta berkenaan surah
💌 Pengenalan kepada surah
💌 Peta cerita bergambar
💌 Ayat berserta terjemahan
💌 Terjemahan ayat dalam bahasa yang mudah
💌 Ilustrasi bergambar untuk menerangkan sesuatu perkara 
💌 Kata kunci untuk membantu pemahaman setiap ayat
💌 Aktiviti yang sesuai untuk anak-anak seperti :

1. Mewarna
2. Teka silang kata
3. Puzzle
4. Uji Minda

Buku ini sangat sesuai dibacakan kepada anak-anak sebagai bedtime story mahupun pada waktu lain. Ibu ayah boleh bacakan sambil memandu anak memahami surah ini dalam bahasa mudah yang sesuai dengan tahap anak.

1 ayat akan diiringi ilustrasi dan cerita. Ada juga diselang-seli dengan aktiviti. Menarik! Boleh buat kuiz dengan anak-anak, teka-teki mahupun main peranan (berlakon).




==================================================

Buku ini berharga RM10.00. Jika berminat, boleh dapatkan dengan saya. Boleh hubungi 013-361 3516 😊

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015