Jumaat, 14 Oktober 2016

#ReviuBukuAnak 3


Kali ini agak lambat berkongsi buku pinjaman anak. Saya tidak sihat akhir-akhir ini :)

Baik, kali ini ingin berkongsi buku terbitan Blue-T Publications yang terkenal dengan majalah Ana Muslim. Buku bertajuk Terima Kasih Allah Siri 5.

Dalam buku ini, anak-anak diperkenalkan dengan :

* Allah ciptakan Haiwan Peliharaan dan Ternakan
* Allah ciptakan Haiwan Liar
* Allah ciptakan Hidupan Laut
* Allah ciptakan Burung dan Serangga


Buku ini disasarkan kepada anak-anak berusia 7 tahun ke atas jadi ceritanya agak panjang. Ilustrasi memang menarik namun ketika sesi bercerita bersama anak, saya hanya berpandukan lakaran gambar dan membuat ayat sendiri kerana anak-anak saya di bawah usia enam tahun.







Buku Kalimah Toyyibah Siri 3

Siri ini juga terbitan Blue-T Publication. Ada 2 kisah di dalamnya. Memperkenalkan kalimah Allahu akbar dan Subhanallah. Ceritanya bagus, mudah-mudahan mesejnya sampai kepada pembaca kanak-kanak. 







Insya Allah, jika ada rezeki nak dapatkan buku-buku ini. Buat masa ini kita pinjam dari perpustakaan dahulu ya ;)

Aina Dayana binti Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015