Ahad, 4 September 2016

Jadual Hafazan


Beberapa hari lalu, saya ada kemas kini status di Facebook yang memaparkan dua keping gambar jadual hafazan anak-anak.

Cetak dan laminate untuk tahan lama



Sebenarnya jadual itu telah lama saya buat. Saya buat tahun lalu untuk track bacaan Khaulah. Dalam masa yang sama, saya juga mahu kesan perjalanan hafazan sendiri. Setiap surah ada kotak berwarna mengikut bilangan ayatnya.

Selepas setahun berlalu, kami masih bertatih menghafaz. Adakalanya mood turun naik, ditambah emosi umminya ini yang kadang positif, kadang haru-biru. Huhu..

Sekarang sedang menghafaz Surah At-Toriq. Setakat entri ini ditaip, kami sudah tiba ke ayat 7. Boleh lihat entri Surah At-Toriq di mana saya kongsikan mengenai surah ini.

Silalah muat turun jadual hafazan ini jika berminat. Semoga bermanfaat. Saya bina sendiri. Jadi tidaklah begitu canggih. Hee.... tak berapa pandai.

Klik sini --> 



Doakan kami sekeluarga. Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015