Sabtu, 13 Ogos 2016

Sesi Bercerita : Labah-labah dan Sarangnya


Minggu ini boleh pecah rekod sepanjang bercerita kepada anak-anak. Suka benar mereka dengan buku cerita Labah-labah dan Sarangnya. 

Buku ini terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd dan saya beli di Kedai Buku Thai Kuang, Melaka minggu lalu. Saya memang suka dengan buku terbitan Pelangi kerana banyak buku menarik dalam kategori pembaca awal yang diterbitkan oleh mereka. 

Malangnya, buku-buku ini jarang dilihat di kedai-kedai buku kecuali di Kinokuniya dan Popular Bookstore. Itu pun tajuk terpilih sahaja. Jika mahu melihat lebih banyak buku, boleh layari laman sesawang mereka.

Mari lihat antara isi kandungan buku :

Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru





Di dalam al-Quran, ada sebuah surah yang dinamakan sempena nama labah-labah ini iaitu Surah Al-Ankabut. Labah-labah di sebut pada ayat 41 dalam surah ini :


Maksudnya : Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya) ; padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Nantikan perkongsian aktiviti berdasarkan buku ini daripada kami. Insya Allah :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015