Selasa, 9 Ogos 2016

Buku cerita pertama Khaulah


Rentetan dari entri Melatih Kanak-kanak Menulis, saya teringat pernah membaut sebuah buku mini dan jurnal bersama anak sulung tahun lalu.Waktu itu, dia baru sahaja belajar menulis maka tulisannya masih dalam peringkat awal lagi. Huruf besar dan kecil bercampur-aduk, tulisan juga belum lurus dalam satu garisan. Namun, meraikan fitrah anak yang suka mencuba, kami buat sebuah buku ini bertajuk Khaulah Suka Belajar.

Saya cetak gambarnya dan gunting. Lipat kertas A4 kepada dua bahagian menjadi saiz A5. Khaulah tampalkan gambar pada setiap muka surat dan mula mengarang cerita pertamanya.

Jemput baca bersama di bawah ini :) 

[Gambar dari blog lama saya]


++++++++++++++++

Jam sudah hampir tengah malam. Ketika semua orang sudah tidur, tiba-tiba..

"Ummi, Khaulah nak buat aktiviti."

Ha? Aduh, sabar sahaja dengar. Ingatkan sudah tidur. Mujurlah esok cuti.....Anak oh anak.

Allah beri ilham minta dia bercerita aktivitinya hari ini. "Ha, jom kita buat buku cerita nak?"
"Macam mana nak buat?"
.
.
.

Saya ambil beberapa helai kertas putih dan gunting bentuk kereta. Sambil itu minta dia bercerita aktivitinya sepanjang hari ini. Baik, sekarang kita boleh mulakan ya nak.

Saya beri beberapa panduan dan bertanya soalan tertutup dan terbuka. Anak dapat ilham dan tulis pada kertas. Contohnya :

Hari ini hari apa, kakak? (Soalan tertutup)

Kakak buat apa pagi tadi? (Soalan terbuka)

Alhamdulillah terhasil sebuah buku cerita. Minta maaflah ya, orang baru pandai menulis, memang "cantik" sangat sehingga perlu baca satu-persatu. Hihi.

Gambar pun cetak sahaja. Sebabnya kami tidak jumpa di mana pensel warna. Haih (=,=)' Alhamdulillah ada printer dan pen berwarna. Guna bahan sedia ada sahaja.

Saya kira ini adalah sebuah bentuk jurnal atau diari harian. Dalam kata lain, ia sebagai satu bentuk muhasabah juga. Aktiviti menulis jurnal adalah satu aktiviti yang bagus dari pandangan saya. Kita dapat mengingat kembali apa yang telah berlaku selain menajamkan fikiran dan fokus. Aktiviti ini juga mampu merangsang anak mula menulis secara kreatif. Wallahualam.


****************************


Buku Cerita "Khaulah Suka Belajar"

Kulit hadapan buku







++++++++

Buku ini masih ada dalam simpanan. Nanti boleh dijadikan bahan bercerita untuk adik-adiknya pula insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015