Rabu, 24 Ogos 2016

Anak-anak kita..


Minggu lalu, dalam sebuah mesyuarat guru, ada seorang ustaz berkongsi pengalamannya. Beliau didatangi sepasang ibu bapa yang mengadu bahawa anak mereka sudah berada di tahun 6 tetapi masih tidak kenal huruf alif hingga ya. Beliau berasa sangat sedih. Sistem pendidikan negara semakin lama semakin menumpukan banyak perkara yang mesti dikuasai murid. Malangnya, asas al-Quran tidak dititikberatkan.

Dalam kisah yang lain, ustaz itu bercerita, pernah satu ketika di sebuah sekolah menengah, guru-guru mengiringi pelajar-pelajar lelaki untuk solat zohor di surau sekolah. Apabila tiba di dewan solat di tingkat dua bangunan, pelajar-pelajar ini sanggup terjun ke bawah semata-mata tidak mahu solat! Bencana apakah ini? Subhanallah. Orang lain turut sebak melihatkan ustaz ini bergenang air mata.

Pendidikan anak-anak bermula sejak kita belum berkahwin lagi. Jika kita ingin berkahwin, kita perlu ke kursus pra perkahwinan, jika kita ingin menimang cahaya mata, kita perlu juga ke kursus keibubapaan. 

Bak kata Imam Syafie, melaburlah untuk pendidikan anak-anak. 

Tepuk dada, tanya iman.

Semalam ketika mengendalikan sesi tazkirah usai solat Maghrib, saya bertanya empat soalan kepada anak-anak yang datang mengaji :

1. Siapakah yang sudah bersyukur kepada Allah hari ini?
2. Siapakah yang baca doa bangun tidur pagi ini?
3. Siapakah yang kemas tempat tidur pagi ini?
4. Siapakah yang cukup solat 4 waktu hari ini?

Mengapa saya bertanya sedemikian? Ada yang menjawab :

1. Kerana ia salah satu tanda orang yang berjaya.
2. Kerana Allah suruh.

Alangkah sedihnya saya apabila tiba ke soalan kedua, hanya 2 orang mengangkat tangan. Subhanallah ... 

Majoriti anak-anak mengangkat tangan untuk soalan 3 dan.......


Bertambah sedih apabila hanya beberapa belas orang anak ini yang cukup solat wajib hari ini. Allahu Allah. Saya terdiam menahan sebak. 


Saya katakan saya rasa gagal menjadi seorang guru hari ini apabila anak-anak ini tidak mempunyai rasa takut meninggalkan perintah Allah. Perubahan muka mereka jelas nampak. Saya mendoakan mereka menjadi anak yang soleh solehah dan menjadi orang yang istiqamah solat di awal waktu sehingga akhir hayat mereka. 



**Ingatan untuk diri sendiri**

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015