Khamis, 23 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Lapbook : Burung طائر


Alhamdulillah, rasanya ini lapbook yang paling cepat siap berbanding lapbook sebelum-sebelum ini ^_^ Mungkin sebab Khaulah buat beramai-ramai dengan sepupu dan adik-adik, maka dia lebih bersemangat.


Ada juga seorang dua rakan yang mahu buat join playgroup tapi saya tiada kekuatan untuk menganjurkannya lagi. Huhu... tapi kasihan juga pada anak-anak dan kawan-kawannya. Setakat ini saya mampu buat secara dalaman sahaja (dalam kalangan anak buah). Insya Allah, satu hari nanti ya!

Perkataan طائر ini juga kami pelajari melalui salah satu 30 perkataan dari al-Quran yang diambil templatnya dari http://parenthoodmuslimstyle.com.

Sebenarnya perkataan ada 30 tapi kami baru buat 8 perkataan sebab aktiviti yang dibuat berdasarkan kalimah ini mengambil masa ;) Ikutkan hati mahu sahaja 1 hari 1 perkataan tapi biarlah kami ambil pendekatan "biar lambat asalkan dapat" ;)

Baik, lapbook burung ini mengandungi 7 muka surat. 

1) Ayat Quran  yang menyebut tentang burung - Surah Al-Mulk ayat 19
2) Labelkan bahagian badan burung
3 dan 4) Soalan dan jawapan lazim tentang burung (saya ambil sumbernya dari www.ducksters.com/animals/birds.php)
5) Fakta menarik tentang burung
6) Permainan - kategorikan burung dan rumah burung
7) Mewarna

Jom tengok lapbook ini :

Ayat Quran

Bahagian badan burung
Soalan lazim - dibuat dalam bentuk pop-up mini book

Soalan lazim - dibuat dalam bentuk pop-up mini book
Bukaan penuh - pop up mini book

Fakta menarik tentang burung

Permainan

Mewarna


Lapbook ini akan bersambung lagi apabila kami tiba pada perkataan burung hud-hud insya Allah. Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015