Sabtu, 12 Mac 2016

15 buku parenting yang berkesan di jiwa (bahagian 2)




6. Screaming Free Parenting oleh Teguh Iman Perdana terbitan PTS (terjemahan)



Sumber gambar : laman web PTS


The Golden Moment atau usia keemasan anak-anak ialah pada usia 0-5 tahun.

Dalam masa ini jadilah kita ibu bapa yang menyeronokkan. Bagaimana syaratnya?

1. Memiliki kesabaran luar biasa @ sabar yang berkesedaran.  Maknanya sedar betapa perlunya bersabar menghadapi kerenah anak.

2. Mengasah sensitiviti kita. Dalam hal ini, tanamkan kesedaran pada diri bahawa semua tindakan positif dan baik anak kita begitu bermakna kepada mereka walau sekecil mana pun.

PAKSA diri beri perhatian yang lebih kepada tingkah laku anak.

Dan cuba proaktif dalam mengamati aktiviti seharian anak-anak.

3. Latih diri ucapkan cinta dan kasih sayang kepada anak.

4. Latih diri supaya tidak meremehkan anak seperti suka bercakap kelemahan dan keburukan anak berbanding menyebut kebaikan dan kelebihannya.



7. Didik Anak Connect Dengan Allah oleh Pn Ainizal terbitan Inteam Publishing



Sumber gambar : Laman Goodreads.com


8. Begini, Sayang! oleh Mohd Hisham terbitan Galeri Ilmu



Sumber gambar : laman Goodreads.com


Saya setuju dengan pasangan ini dalam mendidik anak mencintai al - Quran dan sirah Nabi, wajarlah kita menerapkan nilai tauhid dan memberikan fakta yang sebenar dan menyampaikan mengikut tahap pemikiran mereka.

Ibu bapa perlu kreatif dalam menyampaikan maklumat serta lembut dan tegas apabila menyatakan sesuatu kebenaran. Misalnya mengapa kita perlu bersolat dan berpuasa, mengapa orang perempuan perlu menutup aurat, mengapa kita digalakkan banyak bersedekah dan membantu orang lain.

Persoalan yang lebih tinggi daripada anak seperti di mana Allah dan mengapa kita tidak boleh melihat Allah, perlulah dijawab dengan berhati-hati supaya jawapan itu dapat disampaikan dengan baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari.

Peringatan yang berulang disulami kaedah penceritaan yang diguna oleh pasangan ini dilihat medium terbaik menarik minat anak mendalami sesuatu ilmu :)


9. 43 Inspirasi Mendidik Anak oleh Mohd Hisham terbitan Galeri Ilmu



Sumber gambar : Goodreads.com


Pendidikan pertama yang perlu diberikan kepada anak-anak adalah akidah. Awal agama mengenal Allah.

Menghadapi anak kecil perlu kesabaran, perlu memberi pemahaman yang jelas, sesuai dengan usia mereka supaya mereka tidak was-was dengan agama kelak.

Sememangnya usia sebelum memasuki sekolah adalah usia emas yang harus digunakan oleh ibu bapa dalam memberi didikan Islam kepada anak-anak.

"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi."(hadith riwayat Bukhari dan Muslim) 




10. Ibu, Kuingin Tahu oleh Nur Khairunnisa Iskandar terbitan Telaga Biru Sdn Bhd



Sumber gambar : koleksi peribadi

Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak sebelum mereka melangkah ke sekolah dan rumah menjadi madrasah pertama yang menjadi tempat tarbiah anak-anak.

Pakar perkembangan kanak-kanak banyak mengatakan usia seawal dua atau tiga tahun pertama merupakan tahap perkembangan optimum kanak-kanak. Pada masa ini mereka mampu menyerap dan meniru apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Tiga tahun bersamaan dengan 1097 hari. Masya Allah! Bayangkan sekiranya kita dapat memanfaatkan hari-hari tersebut bersama anak kita. Subhanallah.


Ulasan lanjut di http://ainyanunalif.blogspot.my/2014/07/buku-33-ibu-kuingin-tahu-oleh-nur.html 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015