Ahad, 6 September 2015

Story Sack @ Karung Cerita Dan Buku Bergambar


Siri ini menarik sekali buat kami sekeluarga. Pertama kali terjumpa buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) lebih 3 tahun lepas. Waktu itu promosi separuh harga di reruai Galeri Ilmu.

Siri ini ditulis oleh Pn Zulina Hassan. Bukunya adalah jenis informatif kreatif. Menghidangkan fakta sains tentang haiwan dalam bentuk cerita. Ilustrasinya juga ceria. Di akhir cerita, pembaca dibentangkan dengan 20 fakta mengenai haiwan tersebut.

Dan saya dengar Galeri Ilmu sedang buat jualan penghabisan stok / gudang di pejabat mereka di Damansara. Hanya RM3 sebuah. Ha, bagi anda yang berdekatan bolehlah berkunjung ke sana. Sangat berbaloi untuk anak anda!

Saya pernah membuat "Story Sack" daripada buku-buku ini.

Apa itu "Story Sack"? Ia adalah karung cerita. Ini bermaksud aktiviti yang dibuat berdasarkan buku ini dimasukkan di dalam sebuah beg kecil dan digunakan selepas pembacaan.

Menariknya apabila kita boleh mereka apa sahaja yang berkaitan dengan cerita yang dibaca sebagai pengayaan dan menambah kefahaman serta keseronokan anak membaca. Secara tidak langsung kita dapat memupuk tabiat suka membaca dalam diri anak kita.

Saya ambil contoh buku cerita "Si Raja Rimba". Idea untuk karung cerita ialah :

1. Bahan-bahan membuat topeng muka singa
2. Kuiz pendek mengenai cerita yang dibaca / didengari ini
3. Penanda buku sendiri (DIY Bookmark - lion theme)
4. Cari perbezaan antara 2 gambar (spot the differences)
5. Sebuah buku mini berbentuk kipas bertajuk Tahukah Anda? 20 fakta mengenai singa
6. Belajar bahasa - singa dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Mandarin dan sebagainya



Semoga bermanfaat :)

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015