Isnin, 28 September 2015

Lapbook : Padankan perkataan dan gambar


Jun lepas saya berpeluang mengikuti bengkel kesedaran tentang Autisme yang dibuat di Seameo Sen, IPG Perempuan Melayu Melaka selama 2 hari. Masya Allah sangat banyak ilmu bermanfaat yang dipelajari dan diimbas kembali (kerana dahulu saya mengambil kursus Pendidikan Khas semasa di kampus).

Saya perhatikan kebanyakan aktiviti mereka boleh juga diaplikasikan kepada anak-anak yang kecil dan diubahsuai mengikut tahap mereka. Salah satunya ialah Fail Pengajaran Berstruktur. Saya agak teruja ketika sesi ini berjalan kerana ia hampir sama konsep dengan Lapbook yang selalu kami bina bersama anak-anak di rumah.

Semasa di tempat kursus, bahan yang digunakan ialah fail coklat, selotep besar, plastik laminate, bahan-bahan pembelajaran, poket coklat (seperti dalam buku perpustakaan), kad pinjaman berwarna putih (juga seperti yang ada dalam buku perpustakaan) dan velcro berpelekat. Fail coklat itu diselotep di semua permukaan bagi tahan lama. 

Untuk aktiviti anak-anak dan anak didik istimewa saya, saya ubah sedikit dengan menggunakan :

BAHAN :

Gambar
Selotep
Sampul surat 
Plastik laminate 
Kad manila

CARA :

1. Potong kad manila bersaiz A4.
2. Selotep seluruh permukaan.
3. Cetak arahan, gambar dan perkataan. Laminate dan potong.
4. Lekatkan sampul surat di sebelah kiri dan bahan pembelajaran di sebelah kanan (lihat gambar di bawah).
5. Untuk kad perkataan, saya lekatkan velcro berpelekat (saya beli di Instagram toysaround).




Ini adalah aktiviti pengayaan untuk anak yang sudah boleh membaca. Ada banyak idea lain yang boleh dibina seperti :

1) Memadankan gambar dengan gambar



2) Memadankan perkataan dengan perkataan

3) Memadankan nombor dengan nombor.

4) Memadankan gambar dengan nombor

5) Memadankan huruf besar dan huruf kecil.



Selamat mencuba :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015