Isnin, 7 September 2015

Kelas Mengaji Baitul Fatimah



Kelas al-Quran dan fardu ain di rumah ini dibuka oleh mertua saya pada pertengahan tahun 1980-an. Saya pun belum lahir ketika itu. Sejak beliau sakit (2010), anak-anak dan menantunya mengambil alih kelas tersebut.

Kelas beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu :

Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat bermula selepas Asar sehingga malam : Kelas mengaji al-Quran 
Hari Khamis selepas maghrib : Majlis bacaan surah Al-Kahfi dan Yaasin 
Hari Sabtu selepas maghrib : Kelas fardu ain dan bahasa Arab 
Hari Ahad 9.30 - 10.30 pagi : Kuliah Dhuha 

Anak-anak ini wajib solat Maghrib berjemaah di sini.


Sebahagian anak-anak yang hadir

Bacaan Yaasin dan Al-Kahfi

Bacaan hadis selepas solat Maghrib berjemaah setiap hari

Kami menggunakan Kitab Syamail Muhammad terbitan PTS. Adik-adik ini bergilir-gilir membacakan hadis. Kadang-kala diteruskan dengan sesi tazkirah.


Kelas fardu Ain dan bahasa Arab umur 9 tahun ke bawah

Anak-anak berusia 10 tahun ke atas akan dibimbing oleh suami saya dalam kelas fardu ain manakala anak-anak usia 9 tahun dan ke bawah akan ke kelas bahasa Arab asas. Namun adakalanya saya selang-selikan dengan aktiviti lain seperti kuiz, pertandingan kecil atau sesi membaca.

Untuk kelas bahasa Arab ini saya menggunakan Set Lughatul Jannah terbitan Read Network dan Madina Arabic Lesson yang diperolehi secara percuma melalui laman www.diaryofamuslimhomeschool.com . Mudah dipelajari dan difahami :)

Sebahagian yang hadir ke kuliah dhuha

Kuliah dhuha disampaikan oleh Ustaz Musa

Kuliah Dhuha ini baru bermula Januari 2014. Sebelum ini menggunakan kitab Al-Ubudiyah karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan kini sedang menggunakan Umdatul Ahkam.

Sebahagian yang hadir ke kuliah dhuha

Solat maghrib berjemaah


Usrah remaja perempuan - Solehah Team

Ada slot usrah bersama adik-adik remaja berusia 12 - 16 tahun setiap hari Sabtu malam. Nanti saya akan ceritakan dalam entri yang lain insya Allah.

Semoga berjumpa lagi.

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015