Ahad, 23 April 2017

1 Hari 1 Doa


Projek ini telah lama tertangguh. Tambahan lagi sebelum ini anak tidak berapa minat mewarna. Sekarang alhamdulillah.

Saya ambil doa dari hadis sahih dalam Hisnul Muslim. Versi cetak ada dikeluarkan oleh Telaga Biru manakala versi digital saya perolehi dari internet sahaja. Tapi, saya dapati Hisnul Muslim sudah sukar dicari sekarang ini. Di pihak penerbit juga sudah kehabisan stok buat masa yang lama.

Versi cetak


Saya buat carian borders and frame printable dan letakkan pada doa tersebut. Anak-anak warnakan bingkai gambar. Selepas siap, saya laminate dan tampal di tempat yang sesuai.


Kami pilih doa :

1) Memakai pakaian
2) Membuka pakaian
3) Melihat orang memakai pakaian baru
4) Masuk tandas
5) Keluar tandas
6) Masuk rumah
7) Keluar rumah






Seharian juga membuat kerja ini. Alhamdulillah, misi berjaya dan anak kurang meragam. Fuh, lap peluh...πŸ˜†

Silalah ambil bahan ini jika bermanfaat 😊





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 21 April 2017

Testimoni ibu ohsem


Dahulu, sukar mencari buku yang menarik untuk bacaan dan aktiviti anak-anak. Buku Disney dan cerita dongeng barat sahajalah yang mendominasi pasaran. Namun kini, saya suka dengan perkembangan positif industri buku kanak-kanak di Malaysia.

Saban tahun, menyaksikan pelbagai jenis dan judul buku terbit dan beredar di pasaran. Saya suka menjadi sebahagian daripada agen penyebar bahan bacaan yang baik untuk ibu, ayah, keluarga dan anak-anak.

Baru-baru ini bermuamalah dengan seorang ibu muda. Semangat sekali dia mencari bahan pendidikan dan bahan bacaan yang bagus untuk anak-anaknya berusia 6 dan 4 tahun. 


Puan ini membeli :

1. Fun Literacy Game Bahasa Melayu


 Permainan ini membantu :

 πŸŽˆ Meningkatkan kebolehan praktikal anak-anak. Koordinasi mata dan tangan dapat ditingkatkan sewaktu anak-anak melatih jari-jari mereka dalam menyusun tiles untuk membina perkataan.
🎈 Membantu menggalakkan kemahiran visual anak-anak. Ilustrasi yang menarik dan berwarna terang akan membantu anak-anak melihat gambar dengan baik.

Disertakan dengan:
🎈 52 tiles huruf A-Z bersaiz 2cm x 2cm
🎈 60 keping kad bersaiz 8.5cm x 7.5cm
🎈 120 perkataan dengan gambar yang menarik
🎈 1 board untuk meletakkan kad dan tiles huruf bersaiz 14cm x 12cm

2. Set Poster Read Easy

 3. Buku :

a. Ziyad and Tiger Adventures ; Animals From The Quran
b. Planner Aktiviti Ibu dan Anak
c. Tafsir Mini Surah Al-Duha 
d. Tafsir Mini Surah Al-Tin
e. Set How About You




Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Khamis, 20 April 2017

Sabar seorang ummi 😁


Aktiviti beberapa hari lepas. 

Aktiviti untuk 3 orang

Aktiviti si abang

Aktiviti si kakak - Cari perbezaan

Aktiviti si kak chik

Sebenarnya ada dua hari menguji tahap kesabaran. Memang rasanya boleh meletus bila-bila masa. Menangis juga dibuatnya. Lalu saya beri anak-anak bermain di luar rumah dan saya duduk berfikir. Ya Allah, mesti ada keperluan emosi anak-anak yang saya belum penuhi. 

Jadi minggu ini hanya santai-santai sahaja. Saya cuba ubah diri. Fikir sebelum cakap, tarik nafas panjang-panjang bila terasa nak marah, beri syarat pada anak dan terangkan peraturan. Alhamdulillah! Allah permudahkan, anak-anak lebih tenang hingga kini.

Nampaknya ummi paling kuat kena tahan sabar πŸ˜†

Lagi-lagi apabila terbaca perkongsian Pn Nor Aqilah di Facebook, katanya tunjuk terus kasih sayang kepada anak-anak. Selalu peluk dan ucap sayang pada anak-anak. Bila mereka dah 'pergi' terasa ralat sangat tidak buat begitu. Allau Allah. .Satu peringatan buat diri.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 18 April 2017

DIY Jigsaw Puzzle


Sekian lama, baru dapat tahu kegemaran anak lelaki ni. Sejak kecil, pattern belajarnya tidak sama seperti kakak sulung. Lelaki, kebiasaannya lebih adventures πŸ˜‰

Awalnya, dia suka permainan Lego. Kemudian, pulang sepupunya ke kampung asyik bermain jigsaw puzzle maka saya lihat anak-anak saya semakin minat bermain permainan ini. 

Dahulu, masa mereka masih kecil, belum tahu jaga barang. Scary sahaja bila mereka minta belikan permainan πŸ˜ƒ 

DIY JIGSAW PUZZLE

Apa yang saya buat :

1. Ada kotak bijirin (cocoa crunch, cornflake, honey star dan seumpamanya) jangan buang. Ambil gambar hadapannya, potong jadikan jigsaw puzzle. Jimat πŸ˜‰

2. Ambil majalah lama yang tak mahu baca lagi. Ambil mana-mana gambar cantik, laminate dan potong.

3. Tampal gambar dari majalah lama pada kad manila, potong-potong jadikan jigsaw puzzle.

4. Kotak barang pun jangan buang. Lukis atas kotak, potong-potong. Kalau lebih rajin, buat projek bersama anak. Warnakan. Dah siap bahan aktiviti.

Dalam gambar, saya jadikan folder game.Pernah buat entri dahulu. Boleh baca di sini 


Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 17 April 2017

"Doa Itu Adalah Ibadah"




Ψ§Ω„Ψ―ΨΉΨ§Ψ‘ Ω‡Ωˆ Ψ§Ω„ΨΉΨ¨Ψ§Ψ―Ψ©

Maksudnya : Doa itu adalah ibadah. (Hadis riwayat At-Tirmizi)



Belajar secara maya dengan Pn Norlaila SASU di dalam grup Telegram. Tertarik dengan hadis ini. Jadi belajar membaca dan memahami maknanya bersama anak-anak. Kami buat aktiviti seperti di bawah.





Anak-anak kurang sihat pada sebelah pagi sebenarnya. Namun, selepas Zohor, masing-masing sudah mula cergas dan tidak mahu tidur sebentar, maka kami buatlah aktiviti di atas.


Aman sedikit. 

Lepas sama-sama baca dan fahamkan makna, saya minta mereka sebut doa yang mereka tahu dan saya akan lukiskan. Subhanallah! Tak terkejar saya mahu melukis πŸ˜„ Ada lebih kurang 30 doa yang mereka sebut tapi saya mampu lukis separuh sahaja.


Tidak mengapalah. Lain kali insya Allah. Saya teringat pula projek kami mahu menampal doa-doa di dalam dan di luar rumah. Insya Allah akan buat juga.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 15 April 2017

Ulasan buku The Best Student Of The Day


 Ini ialah buku hasil tulisan Dr Nik Salida Suhaila dan Tn Baharuddin Bekri. Imbas kembali, pertama kali saya bertemu dengan Dr semasa di kampus dahulu. Pihak HELWI kampus kami menjemput beliau memberi ceramah motivasi buat mahasiswi. Tutur katanya tersusun dan berisi ilmu dan hikmah. Bapa mertuanya juga adalah Pengarah di kampus kami ketika itu. Memang sebuah keluarga yang mementingkan ilmu dan agama.

Sekilas membaca tajuknya, saya fikirkan ianya buku untuk para pelajar. Namun sangkaan itu meleset apabila saya meneliti kulit buku. Oh, rupanya buku Motivasi Keibubapaan.

Dr berkongsi pengalaman anaknya bersekolah seawal usia 4 tahun di luar negara semasa beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya terkesan dengan bab Magic Word.





Apa yang saya dapati :

πŸ’Ÿ Timbulkan keseronokan kepada anak untuk belajar.

πŸ’Ÿ Beri peluang anak teroka pengalaman baru.
πŸ’Ÿ Jangan tekan anak untuk belajar semasa kecil (sebelum dia bersedia).
πŸ’Ÿ Puji benda positif dengan cepat. Jangan tunggu lama baru nak puji. 
πŸ’Ÿ Terapkan adab dari kecil sebelum ajar membaca dan sebagainya. 

- Di sekolah, anaknya diajar 2 perkara setahun. Apakah 2 perkara itu? Sangat menarik untuk diketahui πŸ˜…
- Pertama, belajar mengucapkan terima kasih.
- Kedua, belajar bagaimana untuk menghormati orang.

Masya Allah. Ini adab Islam.

Alangkah seronoknya sekiranya kita dapat aplikasikan teknik yang digunapakai oleh guru tersebut di sini.

Di sini kita lihat anak-anak pasti menangis semasa hari pertama persekolahan. Ada yang memaut erat tangan ibu ayah supaya jangan pulang, ada yang berguling-guling di atas lantai dan 1001 kisah lagi pengalaman di hari pertama persekolahan.

Saya teringat seorang guru cemerlang prasekolah lama dahulu, beliau mengeluarkan duit poket sendiri menyediakan goodie bag bagi mengalu-alukan kedatangan murid-murid pada hari pertama. Beliau yang sememangnya berjiwa ibu, bertindak mendamaikan anak-anak yang masih ketakutan datang ke sekolah. 

Alhamdulillah, sememangnya beliau tidak menghadapi banyak masalah ketika hari pertama persekolahan. Masya Allah.

Berbalik kepada buku ini, The Best Student of the Day sebenarnya merujuk kepada stiker yang diberi kepada murid yang berkelakuan baik sebagai ganjaran. Ada buku khas disediakan. Bangga anak-anak jika dapat, bukan? Kita sebagai ibu bapa juga pasti berharap agar anak menjadi Pelajar Terbaik.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin... 😊


================


Buku ini berharga RM13.00.
Kos pos laju Semenanjung ialah RM8.00
Kos pos laju ke Sabah RM16.50 
dan kos pos laju ke Sarawak RM12.60

Jika berminat boleh hubungi saya di IG atau FB atau WhatsApp 013-361 3516. 

Jom baca buku! 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 13 April 2017

Jurnal Ramadan 2017 : Tempahan "pre-order" dibuka!


Sumber gambar : Tim penerbitan Jurnal Ramadan 2017


Rasa bersemangat tatkala menerima emel dari pihak Jurnal Ramadan. Pihak mereka sedang berusaha keras memastikan kelancaran penerbitan buku Jurnal Ramadan 2017. 

Ha, apa itu Jurnal Ramadan?

Baik, Jurnal Ramadan ialah sebuah kit aktiviti untuk anak-anak berusia 6 hingga 12 tahun. Boleh baca reviu Jurnal Ramadan 2016. Tahun lalu sambutan amat menggalakkan sehingga terpaksa diulang cetak. Malahan, stok pada saya juga terpaksa ditambah beberapa kali.

Testimoni Jurnal Ramadan 2016

🌈Jurnal ramadan tahun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada pihak sekolah yang menjadikan Jurnal Ramadan sebagai kit aktiviti murid semasa waktu rehat sepanjang bulan puasa. .
.
🌈 Ramai anak yang bersemangat dan seronok mahu berpuasa kerana aktiviti yang bermakna dan kreatif.
.
. 🌹🌹🌹🌹🌹🌹 .
.
Tahun ini, dalam pakej mengandungi :
+ Buku Aktiviti Jurnal Ramadan
+ Poster A3
+ Stiker
+ Kad Sampaikan Khabar Gembira
+ Fridge Magnet
+ Ada Sirah Hari ini berkenaan Sejarah hari dalam Ramadan.

Harga RM25.00* + free gift .
.
* Belum termasuk kos penghantaran. .
.
*Pre-order sehingga 25 April 2017 sahaja.

Berminat untuk order? Sila berikan nama dan no telefon kepada 013-361 3516 (Aina). Buku akan mula diedar awal Mei 2017 insya Allah. .
.

Semoga bermanfaat!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015